Wednesday, 24 September 2014

APAKAH ITU PENULISAN ?



PENULISAN merupakan satu proses yang mengambarkan penyusunan dan pembentangan idea-idea atau hujaan tentang sesuatu isu atau pengalaman untuk dipersembahkan kepada pembaca. Penulisan juga bertujuan untuk menyatakan pemikiran, perasaan, dan emosi berbanding dengan hanya memberikan maklumat kepada khalayak. Setiap idea yang disampaikan oleh seseorang penulis hendaklah jelas maksudnya dengan mengunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami. 

Terdapat beberapa sarjana menyatakan tentang definisi penulisan bahawa :

*Za'ba (1965) - Penulisan merupakan pekerjaan dengan susunan yang elok.

*Syed Hasan Al-Atas - Penulisan merupakan satu bentuk kemahiran yang terpenting dalam Islam. Melaluinya, pelbagai bentuk pengetahan dapat disampaikan. Ia merupakan medium dalam bidang keilmuan dari satu generasi ke generasi.

*Horton - Penulisan merupakan cara akal fikiran berfikir melampaui apa yang terfikir olehnya tanpa bantuan kertas dan pen atau cara pencapaian yang melampaui diri seseorang ke fikiran lain yang satu-satunya laluan yang disediakan oleh lakaran fikiran dan seterusnya diabadikan ke atas kertas.