Saturday, 25 October 2014

AUTOBIOGRAFI

KECINTAAN SAYA DALAM TARIAN KLASIK INDIA
(BARATHA NATYAM)

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo atau kumpulan oleh seorang penari wanita dan penari lelaki.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspresi ). Keunikan dan keistimewaan dalam tarian klasik ini telah menarik minat saya untuk mempelajrinya.

Saya telah mempelajari tarian tersebut dengan guru tarian saya Srimathi. Sujatha Kumar yang merupakan pengasas sekolah tarian Kala Mandhir Natyalaya atau Kala Mandhir Dance Academic (KMDA). Saya telah menyertai sekolah tarian ini ketika saya berumur enam tahun. Semasa menyertai kelas tarian ini, saya rasa gementar dan takut kerana saya perlu belajar bersama-sama dengan abang-abang dan kakak-kakak yang mahir dalam tarian India di kelas tarian yang sama. Keinginan nenek saya yang mahu melihat diri saya sebagai seorang penari klasik India yang hebat seperti artis yang terkenal didalam dunia tarian iaitu Padmini dan Shobana (juga seorang pelakaon yang mempunyai anugera Natya Peroli). Saya juga teringin untuk belajar tarian klasik ini setelah menonton tarian yang dimenari oleh Padmini dan Shobana di dalam program-progran tamil.

Dengan bantuan pak su saya, saya telah menyertai sekolah tarian dengan penuh gembira. Pengajaran dan pembelajaran daripada guru tarian saya telah menyedarkan diri saya bahawa tarian klasik merupakan bahasa yang tersembunyi di dalam jiwa seseorang (Dance is the hidden language of the soul ,of the body). Bahasa tarian ini akan dikeluarkan melalui pergerakan tangan dan kaki diikuti denagan ungkapan muka (face expression) yang berlainan atau yang menceritakan tentang sesuatu.
Pertama sekali saya telah mempelajari pergerakan kaki yang berlainan ikut urutan dan rentak. Semasa waktu belajar pergerakan kaki, saya telah terseksa denagan kesakitan kaki kerana pergerakan tersebut mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang diajar oleh guru saya. Setelah belajar pergerakan kaki, saya teruskan dengan pergerakan tangan yang mempunyai pelbagai betuk (mudras). Pembelajaran ini mula membentuk saya sebagai penari klasik yang mempunyai impian tinggi. 

Selepas mempelajari pergerakan tertentu, saya telah dipindahkan kepada kumpulan yang belajar tarian bersertakan dengan lagu. Lagu-lagu ini dibahagikan kepada enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Bahagian tarian ini mempunyai pecahan yang berlainan diikuti dengan ragam, taalam, pallavi dan mainan music yang berbeza. Saya rasa amat keliru bila pertama sekali mempelajari lagu-lagu tersebut tetapi dengan bantuan guru saya, saya telah memahami tentang perbezaan dan keunikan dalam setiap pergerakan dalam tarian tersebut.  

 
Setelah berumur sepuluh tahun, saya telah mahir dalam setiap pergerakan dalam tarian klasik yang mempunyai perbezaan pergerakan dan lagu. Setiap kali saya mempelajari tarian ini dengan penuh semangat, saya dapat input-input yang berbeza daripada penari-penari yang lain dan juga daripada guru saya. Saya juga mula membuat buku untuk mencatatkan setiap pembelajaran baharu daripada guru saya tentang Baratha Natyam.

Ketika berumur sebelas, saya telah menyertai beberapa program dan pertandingan untuk mempersembahkan tarian klasik saya kepada penonton. Dengan bekat dari Tuhan, saya dapat nama baik dalam tarian dan dipuji oleh semua orang. Kepujian ini telah meningkatkan lagi semangat dalam mempelajari Baratha Natyam. Saya juga dapat kepujian daripada ibu bapa saya, nenek dan keluarga saya, rakan-rakan saya dan terutama sekali daripada guru tarian saya.

Setelah saya mencapai tahap yang tertentu dalam tarian, saya berkelayakan untuk membuat Arangetram. Arangetram perkataan bahasa Tamil merupakan penampilan perdana di atas pentas oleh seseorang pelajar seni klasik selepas menjalankan latian dibawa seseoarang guru. Ia adalah prestasi kelulusan awam untuk apa-apa bentuk seni. Saya sangant gembira kerana saya mendapat kelayakan untuk membuat Arangetram saya dalam usia yang lebih muda bersama dengan dua orang kakak. Saya telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyampaikan keunikan dan kehebatan dalam diri saya terhadap tarian klasik.


Dengan bantuan penyanyi klasik yang hebat dan pemain musik klasik iaitu mirutanggam, violin, nattuvanggam dan seruling saya telah menyebarkan kehebatan saya dalam tarian klasik india iaitu Baratha Natyam kepada penonton yang ramai. Guru saya sangant gembira dan berbesar hati kerana mendapat anak murid yang hebat dalam tarian klasik.

Saya rasa gembira dan amat bersyukur kerana dapat menyertai dan mempelajari tarian klasik India iaitu Barata Natyam. Saya masih lagi bersambung dengan pembelajaran saya dalam tarian ini di bawa guru saya yang sama yang memberi sokongan dan pengajaran tentang tarian. Saya harap untuk mendapatkan nama terbaik dalam tarian klasik, saya teruskan dengan pembelajaran saya tentang tarian lkasik yang sentiasa menjadi pilihan terbaik didalam kehidupan saya. Untuk meningkatkan ketenangan jiwa dan cinta terhadap seni, tarian klasik merupakan pilihan utama saya supaya mengasilkan diri saya yang berbeza yang tenang dan gembira.

Friday, 24 October 2014

PENGALAMAN BARU TENTANG BLOG PENULISAN

Saya Amuthamalar A/P Chandran dari kursus Komunikasi telah mengambil subjek Bahasa Melayu Penulisan. Untuk memantapkan tahap penulisan, saya telah memberi tugasan untuk membuka blog penulisan individu bagi mencatatkan tentang pengalaman saya setelah melalui tugasan-tugasan yang diberi didalam kuliah. Pengalaman saya akan dimulakan dengan pembukaan blog penulisan pertama saya.

Pengalaman pembukaan blog penulisan

Setelah membuka blog penulisan saya yang pertama, saya telah melalui beberapa persoalan dalam diri sendiri. Apakah yang dimaksudkan tentang "blog"? Kenapa blog telah wujud untuk golongan remaja dan kegunaanya? Bagaimana kegunaanya untuk diri saya? Bagi menjawab persoalan-persoalan yang wujud di dalam diri saya, saya telah dibantu oleh rakan-rakan saya dan abang kakak saya untuk mengenali tentag blog yang bakal digunakan oleh saya.

Apakah yang dimaksudkan tentang 'blog'?


BLOG merupakan singkatan dari 'web blog' yang dikatakan sebagai aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan atau dimuat sebagai posting pada sebuah halaman web umum. Ia sama seperti buku catatan atau buku log namun secara dalam talian atau online. Secara ringkas blog ditakrifkan sebagai catatan atas talian yang diringkaskan menjadi BLOG.

Kenapa blog itu digunakan?


Blog adalah merupakan catatan individu atau kumpulan tertentu untuk berkongsi apa juga yang diingini dengan blogger yang lain atau kepada sesiapa juga diatas talian. Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet di seluruh dunia. Blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini, blogger dapat membaca entri blog, berkongsi maklumat dan informasi dengan cara yang lebih santai dan menarik. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, tentang perniagaan, politik, komuniti, media, sastera, pendidikan dan sebagainya. Kebanyakan blog umumnya adalah blog eks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto, video, muzik, audio dan sebagai media sosial yang lebih luas.

Pengunaan blog sebagai diari penulisan saya

Setelah membuka blog saya dengan bantuan rakan-rakan saya, saya mendapati bahawa blog penulisan ini mempunyai pelbagai kegunaan. Penulisan dalam talian merupakan pengalaman pertama saya. Pembukaan blog ini telah menyedari saya tentang pengunaanya dan kehebatan media pada zaman sekarang. 

Pengunaan diari penulisan untuk tugasan saya, telah memantapkan lagi penulisan saya dan pemikiran saya. Blog ini mempunyai pelbagai kegunaan dan aplikasi yang terbaharu. Contohnya, pengunaan gambar atau warna yang pelbagai telah menarik minat saya untuk mengambarkan blog saya yang kreatif kepada blogger yang lain. Ia juga dapat menarik minat saya kerana ia boleh memuat turun audio atau video yang berkaitan. Blog juga mepunyai pilihan yang banyak untuk membuat blog saya lebih menarik dan kreatif.

Sebagai penguna blog, saya harap dapat mempunyai input-input yang berguna dengan mengunakan blog ini. Dengan ini saya dapat menyimpulkan bahawa blog merupakan pengunaan universal kerana blog dapat menghasilkan penulis yang kreatif dan inovatif.