KECINTAAN SAYA DALAM TARIAN KLASIK INDIA
(BARATHA NATYAM)
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian
klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam
merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk
menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian
warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian
Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo
atau kumpulan oleh seorang penari wanita dan penari lelaki.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen
dan Nritya ( Tarian Ekspresi ). Keunikan dan keistimewaan dalam tarian klasik
ini telah menarik minat saya untuk mempelajrinya.
Saya telah mempelajari tarian tersebut dengan
guru tarian saya Srimathi. Sujatha Kumar yang merupakan pengasas sekolah tarian
Kala Mandhir Natyalaya atau Kala Mandhir Dance Academic (KMDA). Saya telah
menyertai sekolah tarian ini ketika saya berumur enam tahun. Semasa menyertai
kelas tarian ini, saya rasa gementar dan takut kerana saya perlu belajar
bersama-sama dengan abang-abang dan kakak-kakak yang mahir dalam tarian India di
kelas tarian yang sama. Keinginan nenek saya yang mahu melihat diri saya
sebagai seorang penari klasik India yang hebat seperti artis yang terkenal
didalam dunia tarian iaitu Padmini dan Shobana (juga seorang pelakaon yang
mempunyai anugera Natya Peroli). Saya juga teringin untuk belajar tarian klasik
ini setelah menonton tarian yang dimenari oleh Padmini dan Shobana di dalam
program-progran tamil.
Dengan bantuan pak su saya, saya telah menyertai sekolah tarian
dengan penuh gembira. Pengajaran dan pembelajaran daripada guru tarian saya
telah menyedarkan diri saya bahawa tarian klasik merupakan bahasa yang
tersembunyi di dalam jiwa seseorang (Dance is the hidden language of the soul
,of the body). Bahasa tarian ini akan dikeluarkan melalui pergerakan tangan dan
kaki diikuti denagan ungkapan muka (face expression) yang berlainan atau
yang menceritakan tentang sesuatu.
Pertama sekali saya telah
mempelajari pergerakan kaki yang berlainan ikut urutan dan rentak. Semasa waktu
belajar pergerakan kaki, saya telah terseksa denagan kesakitan kaki kerana
pergerakan tersebut mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang diajar oleh
guru saya. Setelah belajar pergerakan kaki, saya teruskan dengan pergerakan
tangan yang mempunyai pelbagai betuk (mudras). Pembelajaran ini mula membentuk
saya sebagai penari klasik yang mempunyai impian tinggi.
Selepas mempelajari
pergerakan tertentu, saya telah dipindahkan kepada kumpulan yang belajar tarian
bersertakan dengan lagu. Lagu-lagu ini dibahagikan kepada enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram,
Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Bahagian tarian ini mempunyai
pecahan yang berlainan diikuti dengan ragam, taalam, pallavi dan mainan music
yang berbeza. Saya rasa amat keliru bila pertama sekali mempelajari lagu-lagu
tersebut tetapi dengan bantuan guru saya, saya telah memahami tentang perbezaan
dan keunikan dalam setiap pergerakan dalam tarian tersebut.
Setelah berumur sepuluh
tahun, saya telah mahir dalam setiap pergerakan dalam tarian klasik yang
mempunyai perbezaan pergerakan dan lagu. Setiap kali saya mempelajari tarian
ini dengan penuh semangat, saya dapat input-input yang berbeza daripada
penari-penari yang lain dan juga daripada guru saya. Saya juga mula membuat
buku untuk mencatatkan setiap pembelajaran baharu daripada guru saya tentang
Baratha Natyam.
Ketika berumur sebelas,
saya telah menyertai beberapa program dan pertandingan untuk mempersembahkan
tarian klasik saya kepada penonton. Dengan bekat dari Tuhan, saya dapat nama
baik dalam tarian dan dipuji oleh semua orang. Kepujian ini telah meningkatkan
lagi semangat dalam mempelajari Baratha Natyam. Saya juga dapat kepujian
daripada ibu bapa saya, nenek dan keluarga saya, rakan-rakan saya dan terutama
sekali daripada guru tarian saya.
Setelah saya mencapai
tahap yang tertentu dalam tarian, saya berkelayakan untuk membuat Arangetram.
Arangetram perkataan bahasa Tamil merupakan penampilan perdana di atas pentas
oleh seseorang pelajar seni klasik selepas menjalankan latian dibawa seseoarang
guru. Ia adalah prestasi kelulusan awam untuk apa-apa bentuk seni. Saya sangant
gembira kerana saya mendapat kelayakan untuk membuat Arangetram saya dalam usia
yang lebih muda bersama dengan dua orang kakak. Saya telah berlatih dengan
bersungguh-sungguh untuk menyampaikan keunikan dan kehebatan dalam diri saya
terhadap tarian klasik.
Dengan bantuan penyanyi
klasik yang hebat dan pemain musik klasik iaitu mirutanggam, violin,
nattuvanggam dan seruling saya telah menyebarkan kehebatan saya dalam tarian
klasik india iaitu Baratha Natyam kepada penonton yang ramai. Guru saya sangant
gembira dan berbesar hati kerana mendapat anak murid yang hebat dalam tarian
klasik.
Saya rasa gembira dan
amat bersyukur kerana dapat menyertai dan mempelajari tarian klasik India iaitu
Barata Natyam. Saya masih lagi bersambung dengan pembelajaran saya dalam tarian
ini di bawa guru saya yang sama yang memberi sokongan dan pengajaran tentang
tarian. Saya harap untuk mendapatkan nama terbaik dalam tarian klasik, saya
teruskan dengan pembelajaran saya tentang tarian lkasik yang sentiasa menjadi
pilihan terbaik didalam kehidupan saya. Untuk meningkatkan ketenangan jiwa dan cinta terhadap seni, tarian klasik merupakan pilihan utama saya supaya mengasilkan diri saya
yang berbeza yang tenang dan gembira.
No comments:
Post a Comment