Tuesday, 16 December 2014

TUGASAN ILMIAH (INDIVIDU)

PATRIOTISME



Bagi tugasan Individu untuk subjek Pengantar Penulisan (SBLM 1023), kami pelajar group I dikehendaki untuk menyediakan sebuah fail tugasan. Dengan arahan daripada pensyarah kursus ini, kami diminta menghasilkan sebuah tugasan ilmiah yang melibatkan kajian perpustakaan (library research). Tugasan berikut berdasarkan tema 'PATRIOTISME' yang ditetapkan oleh pensyarah. Daripada tema tugasan, pelajar diminta menyediakan sebuah teks ilmiah yang relevan dengan tajuk tugasan yang dipilih.

Daripada perbincangan dengan pensyarah, kami telah ditugaskan untuk menulis tentang penulisan ilmia dari 1000 - 1200 patah perkataan. Tugasan individu ini mengelirukan saya sebab tajuk bertemakan patriotisme. Saya tidak mempunai apa-apa idea untuk mencorakan hasil kerja saya. Dengan ini, saya mengalami stres dan tidak dapat memulakan tugasan saya. Dengan bantuan rakan-rakan saya dan abang dan kakak saya, saya dapat beberapa idea daripada perbincangan dengan mereka. Terdapat pelbagai idea yang dibagi oleh rakan saya dan abang dan kakak saya. Saya juga membuat kajian di perpustakaan untuk mengetahui tentang patriotisme.

Patriotisme merupakan tajuk yang luas dibincangkan oleh semua orang di Malaysia. Ramai yang tidak jelas tentang Patriotisme dan tidak memberi perhatian terhadap patriotisme. Dengan ini, pengenalan saya dalam penulisan ilmia berkaitan dengan: Apa itu patriotisme? Mengapa ada patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia? Adakah patriotisme membawa makna kepada masyarakat dan negara? dan menjurus kepada tajuk pilihan saya iaitu: Sejauhmanakah dasar satu Malaysia ini berdaya usaha untuk memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat Malaysia?
Dengan ini, tugasan saya akan berpandukan kepada 'Semangat Patriotisme dalam Dasar Satu Malaysia'.

Bagi isi atau perbincangan untuk tajuk yang saya pilih, saya akan mengemukakan enam isi yang relevan dengan tajuk yang dipilih. Isi yang akan dibincangkan dalam penulisan ilmia saya adalah:

  • Pembinaan Negara Bangsa
  • Semangat Ketabahan
  • Bersemangat Setia Negara
  • Semangat Kekitaan
  • Berdisiplin
  • Integriti
Isi-isi ini dihuraikan dengan jelas dan tepat. Saya akan menghujah isi pertama sampai isi keenam dengan jelas yang disertakan dengan huraian yang teliti dan contoh yang berkaitan.

Sebagai kesimpulan, untuk tema Patriotisme saya akan mengakhiri tugasan ilmiah saya kepada pandangan yang umum. Sebagai contoh, "Semangat patriotik ini perlu dipupuk dari generasi ke generasi yang akan datang supaya masyarakat berada dalam zon yang aman dan harmoni".

BIOGRFI TOKOH TEMPATAN


  

PROSES PENULISAN BIOGRAFI

Bagi kurusus Pengantar Penulisan (SBLM 1023), kumpulan saya yang terdiri daripada tiga orang ahli dan rakan-rakan yang lain diberi tanggugjawab untuk melaksanakan tugasan kumpulan tentang biografi. Penulisan biografi ini menjurus kepada penulisan biografi tokoh tempatan. Apabila mengetahui tentang tugasan tersebut saya dan rakan-rakan saya yang lain mempunyai tanda soal sebalik tugasan ini. Setelah mendapat maklumat dan huraian yang jelas yang diberi oleh pensyarah kami, kami telah menyedar tentang kepentingan tugasan tersebut. Tokoh tempatan yang kami cari perlulah mempunyai maklumat yang berguna berpandukan kejayaan hidup. Contohnya seperti kejayaan seorang idividu dalam kerjaya atau mana-mana bidang yang merupakan sejarah kejayaan hidup individu tersebut dijadikan sebagai penulisan biografi.

Setelah mendengar penjelasan tentang tugasan kumpula kami, saya dan rakan kumpulan saya telah membuat satu perbincangan untuk memilih tokoh tempatan yang mempunyai sejarah yang menujuh kejayaan dalam kehidupanya. Dalam perbincangan, kami cadang untuk memilih seorang tokoh yang boleh memberi komitmen untuk tugasan kami. Tokoh pilihan pertama kami adalah seoarang ahli peniaga. Beliau menjual barang-barang seperti pakain, kasut, beg tanggan dan sebagainya. Kami mengenali tentang beliau sebagai seorang ahli peniaga pada sambutan Pesta Konvo di UUM sebelum ini. Beliau membuka gerai jualan pada hari tersebut dan kami mengunjugi gerai beliau dan bersembang sambil membeli barang-barang di gerai beliau. Dengan ini kami bercadang untuk membuat penulisan biografi tentang beliau menjurus kepada kejayaan dalam perniagaan beliau. Tetapi cadangan kami tidak berkesan kerana beliau tidak dapat memberi kerjasama kepada kami kerana sibuk menjaga perniagaan. Tokoh pilihan pertama kumpulan saya tidak dapat dijayahkan.

Selepas itu, kami tidak mempunyai idea untuk memilih siapa sebagai identiti biografi untuk tugasan kami. Setelah dibincang semula dengan rakan-rakan lain, kami telah mengingati pensyarah kami yang memberi kuliah pada semester lepas kami bagi subjek Teknologi Media dan Komunikasi. Walaupun beliau sibuk dengan kuliah, tugasan pelajar, mesyuarat dan sebagainya apabila kami menceritakan tentang tugasan kami beliau sanggup memberi komitmen untuk menjalankan tugasan kami. Tokoh pilihan kedua kami adalah seorang pensyarah di UUM tetapi beliau mempunyai bakatnya tersendiri di dalam jurusan sastera.


Tema yang ditetapkan untuk biografi adalah 'Cinta akan Kesusateraan'.  Untuk mengenali tentang tokoh pilihan kedua kami, kami telah menetapkan hari dan masa untuk menjalankan sesi soal jawab dengan tokoh pilihan kami. Pada perjumpaan pertama, kami telah menganjurkan soalan bagi mengenali tokoh pilihan kami secara  umum. Nama penuh beliau ialah En. Bambang Suhartono bin Mohd Said (Drs.). Beliau lahir di Sumatera, Indonesia tetapi beliau merupakan warganegara Malaysia dan beragama Islam kerana ayahnya seorang warganegara Malaysia dan ibunya adalah seoarang warganegara Indonesia. Beliau telah berumahtangga dan mempunyai seramai enam orang anak.

Pada petemuan kedua, kami telah mengkhususkan soalan kami kepada bidang sastera. Dengan ini kami dapat sedikit sebanyak maklumat tentang beliau. Beliau merupakan seorang karyawan yang sangat terkenal dalam bidang penyiaran sebagai seorang penerbit dan pengarah. Walaupun beliau terkenal dalam bidang penyiaran, tetapi motifnya tertumpu kepada karya satera. Beliau juga terkenal dengan nama samaran iaitu Pak Bambang. Beliau menghasilkan pelbagai cerpen dan cerita, puisi dan sajak, skrip pengacara dan skrip pendidikan, penulisan aspek teater dan sebagainya. beliau juga merupakan seorang penerbit di bawah syarikat Citra Genius dan menerbitkan filem-filem pendek dan drama bersiri.

Pada pertemuan seterusnya, soalan tentang cabaran hidup kini dan masa depan beliau sebagai karyawan juga diselitkan. Soalan berpandukan sastera pada zaman teknologi kini juga dianjurkan kepada Pak Bambang supaya mendapatkan pendapat beliau tentang kemajuan dan peningkatan karyawan dalam era globalisasi ini. Kami juga mendapat sedikit sebanyak maklumat daripada isterinya Nur Hasnizah Bt Mustafa yang sentiasa menjadi sokongan dan dorongan Pak Bambang dalam kejayaan beliau.

Selepas itu, kami telah membuat analisis daripada hasil soal jawab daripada Pak Bambang iaitu tokoh kami dan membahagi tugas untuk menghasilkan satu tugasan ilmiah berkaitan degan biografi tokoh tempatan yang bertema 'Cinta akan Kesusasteraan'.


Sunday, 14 December 2014

PENERBITAN (PUBLISHING)

DEFINISI PENERBITAN



Mengikut kamus dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbitan berasal dari perkataan 'terbit' yang bermaksud 'keluar' atau 'sebar'. Penerbitan membawa makna sebarang penyebaran dan pengeluaran maklumat untuk disampaikan kepada umum. Disini diingatkan bahawa penerbitan hanyalah merujuk kepada penyebaran maklumat sahaja dan bukannya perkara-perkara lain.





Penerbitan secara kasar terbahagi kepada dua bahagian utama:

1. Bahan bertulis seperti majalah, akhbar, artikel, buletin dan sebagainya. Malah boleh juga dianggap sebagai penerbitan bertulis ialah artikel-artikel yang disebarluaskan melalui alam maya. Berpuluh-puluh ribu laman web yang dibina sejak akhir-akhir ini bagi menyebarkan segala jenis maklumat atau pendirian tentang apa-apa isu menunjukkan bahawa penerbitan jenis ini semakin diterima dan diguna secara meluas oleh masyarakat.

2. Bahan eletronik seperti siaran televisyen, radio dan juga penyebaran maklumat melalui kaset, video dan cakera padat. Ia melibatkan program-program seperti berita, dokumentari, filem, drama, ceramah, lagu  dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENERBITAN

1. Penerbitan dalam Talian (Online Publishing)

Penerbitan dalam talian bermaksud penciptaan dan memaparkan maklumat di Internet. Maklumat dalam bentuk teks biasa, gambar, filem, atau bunyi. Penerbitan dalam talian adalah proses menggunakan komputer dan jenis tertentu perisian untuk menggabungkan teks dan grafik untuk menghasilkan dokumen berasaskan web seperti surat berita, majalah dalam talian dan pangkalan data, risalah dan bahan-bahan promosi, buku, dan sebagainya dengan menggunakan Internet sebagai medium untuk penerbitan.

2. POD (Print-On-Demand)

POD merupakan satu proses teknologi percetakan dan perniagaan di mana salinan buku-buku baru atau dokumen lain tidak akan dicetak sehingga arahan diterima. POD dibangunkan selepas percetakan digital bermula kerana ia tidak mencetak salinan tunggal menggunakan teknologi percetakan tradisional seperti 'letterpress' dan 'offset printing'.

3. Penerbitan Web (Web Publishing)

Penerbitan web adalah proses menerbitkan kandungan di Internet. Ia termasuk mewujudkan dan memuat naik laman web, mengemaskini laman web, blog, dan menghantar dalam talian. Kandungan diterbitkan dalam bentuk teks, imej, video, dan lain-lain jenis media.

4. Penerbitan Elektronik (e-Publishing)

Penerbitan elektronik adalah termasuk penerbitan digital e-buku, EPUBs, majalah digital, dan katalog digital. Penerbitan elektronik telah menjadi biasa dalam penerbitan saintifik dan untuk mengedarkan buku-buku, majalah, dan surat khabar kepada pengguna melalui peranti pembaca tablet.

5. Penerbitan Kendiri (Self-Publishing)

Penerbitan kendiri adalah penerbitan buku atau media lain oleh pencipta karya tanpa penglibatan penerbit pihak ketiga. Sebuah buku fizikal yang diterbitkan sendiri dikatakan dicetak secara peribadi. Penulis adalah bertanggungjawab dan mengawal proses keseluruhan penerbitan termasuk reka bentuk, format, harga, pengedaran, dan pameran.

6. Penerbitan Desktop (Desktop Publishing)

Penerbitan desktop merupakan kewujudan dokumen menggunakan kemahiran reka letak halaman pada komputer peribadi. Perisian desktop penerbitan boleh menjana susun atur dan menghasilkan teks berkualiti berkenaan dengan percetakan. Teknologi ini membolehkan individu, perniagaan, dan organisasi-organisasi lain untuk menerbitkan sendiri pelbagai bahan cetak.

7. Kewartawanan Rakyat (Citizen Journalism)

Kewartawanan rakyat merupakan konsep penglibatan masyarakat umum dalam memainkan peranan yang aktif dalam mengumpul, menulis, menganalisis, dan melaporkan berita-berita dan maklumat. Kewartawanan rakyat bertujuan untuk mewujudkan penglibatan masyarakat dalam media secara bebas dan relevan yang bertepatan dengan demokrasi.

Tuesday, 9 December 2014

GAYA PENULISAN APA (American Psichological Association)

APA ITU PENULISAN ILMIAH?


 

  • Satu proses perencanaan dan penulisan data 'saintifik' yang piawai dan tekal.
  • Penekanan hujahan dan penghuraian ilmu.
  • Perbincangan epistimologi ilmu, konseptual dan wacana logikal.
  • Kepentingan pembuktian sumber dan fakta dalam penulisan.
  • Penulisan sistematik, konsisten dan beretika.
  • Secara umumnya sebarang penulisan demi memenuhi keperluan pengajian di kolej atau universiti.
  • Penulisan akademik merupakan satu bentuk 'kajian berstruktur' yang ditulis oleh seseorang sarjana untuk sarjana yang lain (semua penulis universiti dianggap sarjana).
  • Penulisan akademik yang merangkumi topik-topik tertentu berasaskan kajian yang menarik minat sesiapa yang mencari maklumat berdasarkan fakta dan secara objektif.
  • Dikatakan sebagai satu penulisan berwacana, saintifik dan sistematik yang berasakan sesuatu piawai.
 
The aim of academic writing is the presentation of ‘knowledge' via (a) a review of what is currently known about a given topic as (b) the foundation for the author's new views or perspectives on the topic.

TEKNIK PENULISAN RUJUKAN GAYA APA

* Kenapa perlu patuh kepada gaya pendokumentasian?
  • Keselarasan
  • Gaya bidang ilmu
  • Memudahkan semakan
  • Ketepatan pencarian sumber
  • Kedalaman capaian ilmu
* Semasa menulis rujukan pastikan
  • Nama penulis, editor, penterjemah.
  • Judul bahan, tahun diterbitkan, penerbit, dan tempat diterbitkan.
  • Halaman permulaan dan akhir artikel jurnal.
  • Halaman tempat kutipan diambil.
  • Tempat nahan diperoleh.
  • Alamat laman web yang dirujuk.
  • Tarik capai bahan (online)
  • Mencatatkan nombor rujukan bahan di perpustakaan.
  • Maklumat lain yang dapat membantu anda merujuk semula bahan tersebut jika perlu.
 GAYA PENULISAN RUJUKAN (maklumat umum)

* Format rujukan American Psichological Association (APA) bergantung kepada jenis sumber:
  1. Nama Penulis (nama keluarga jikalau penulis barat)
  2. Tahun penerbitan
  3. Judul
  4. Tempat
  5. Penerbit
  6. Nombor jilid/ Volume/ Issue 
* Contoh penulisan rujukan/ bibliografi
 
Book (1): Basic form, single author
Baxter, C. (1997). Race equality in health care and  education. Philadelphia: Ballière Tindall.  
Book (2): Editors in place of authors
Stock, G., & Campbell, J. (Eds.).(2000). Engineering  the human genome: An exploration of the science and ethics of altering the genes we pass to our children. New York: Oxford University Press.

Chapter in edited work: Second or later edition
Roy, A. (1995). Psychiatric emergencies. In H. I. Kaplan & B. J. Sadock (Eds.), Comprehensive  textbook of psychiatry. (6th ed., pp. 1739-1752). Baltimore: Williams & Wilkins.


Contoh Bahan Rujukan
  • Bahan Buku, seorang pengarang
  • Pengarang:   Joseph DeVito (Joseph – nama pertama; DeVito   – nama keluarga)
  • Tahun diterbitkan: 2011
  • Judul Buku:   Human Communication – The Basic Course
  • Tempat diterbitkan: New York
  • Penerbit:      Allyn and Bacon 
 
Catatan bibliografi:

DeVito, J. (2011). Human communication – The basic course. New York: Allyn and Bacon


Contoh yang lebih lanjut tentang gaya APA dapat diperoleh daripada laman web berikut: