Tuesday, 16 December 2014

BIOGRFI TOKOH TEMPATAN


  

PROSES PENULISAN BIOGRAFI

Bagi kurusus Pengantar Penulisan (SBLM 1023), kumpulan saya yang terdiri daripada tiga orang ahli dan rakan-rakan yang lain diberi tanggugjawab untuk melaksanakan tugasan kumpulan tentang biografi. Penulisan biografi ini menjurus kepada penulisan biografi tokoh tempatan. Apabila mengetahui tentang tugasan tersebut saya dan rakan-rakan saya yang lain mempunyai tanda soal sebalik tugasan ini. Setelah mendapat maklumat dan huraian yang jelas yang diberi oleh pensyarah kami, kami telah menyedar tentang kepentingan tugasan tersebut. Tokoh tempatan yang kami cari perlulah mempunyai maklumat yang berguna berpandukan kejayaan hidup. Contohnya seperti kejayaan seorang idividu dalam kerjaya atau mana-mana bidang yang merupakan sejarah kejayaan hidup individu tersebut dijadikan sebagai penulisan biografi.

Setelah mendengar penjelasan tentang tugasan kumpula kami, saya dan rakan kumpulan saya telah membuat satu perbincangan untuk memilih tokoh tempatan yang mempunyai sejarah yang menujuh kejayaan dalam kehidupanya. Dalam perbincangan, kami cadang untuk memilih seorang tokoh yang boleh memberi komitmen untuk tugasan kami. Tokoh pilihan pertama kami adalah seoarang ahli peniaga. Beliau menjual barang-barang seperti pakain, kasut, beg tanggan dan sebagainya. Kami mengenali tentang beliau sebagai seorang ahli peniaga pada sambutan Pesta Konvo di UUM sebelum ini. Beliau membuka gerai jualan pada hari tersebut dan kami mengunjugi gerai beliau dan bersembang sambil membeli barang-barang di gerai beliau. Dengan ini kami bercadang untuk membuat penulisan biografi tentang beliau menjurus kepada kejayaan dalam perniagaan beliau. Tetapi cadangan kami tidak berkesan kerana beliau tidak dapat memberi kerjasama kepada kami kerana sibuk menjaga perniagaan. Tokoh pilihan pertama kumpulan saya tidak dapat dijayahkan.

Selepas itu, kami tidak mempunyai idea untuk memilih siapa sebagai identiti biografi untuk tugasan kami. Setelah dibincang semula dengan rakan-rakan lain, kami telah mengingati pensyarah kami yang memberi kuliah pada semester lepas kami bagi subjek Teknologi Media dan Komunikasi. Walaupun beliau sibuk dengan kuliah, tugasan pelajar, mesyuarat dan sebagainya apabila kami menceritakan tentang tugasan kami beliau sanggup memberi komitmen untuk menjalankan tugasan kami. Tokoh pilihan kedua kami adalah seorang pensyarah di UUM tetapi beliau mempunyai bakatnya tersendiri di dalam jurusan sastera.


Tema yang ditetapkan untuk biografi adalah 'Cinta akan Kesusateraan'.  Untuk mengenali tentang tokoh pilihan kedua kami, kami telah menetapkan hari dan masa untuk menjalankan sesi soal jawab dengan tokoh pilihan kami. Pada perjumpaan pertama, kami telah menganjurkan soalan bagi mengenali tokoh pilihan kami secara  umum. Nama penuh beliau ialah En. Bambang Suhartono bin Mohd Said (Drs.). Beliau lahir di Sumatera, Indonesia tetapi beliau merupakan warganegara Malaysia dan beragama Islam kerana ayahnya seorang warganegara Malaysia dan ibunya adalah seoarang warganegara Indonesia. Beliau telah berumahtangga dan mempunyai seramai enam orang anak.

Pada petemuan kedua, kami telah mengkhususkan soalan kami kepada bidang sastera. Dengan ini kami dapat sedikit sebanyak maklumat tentang beliau. Beliau merupakan seorang karyawan yang sangat terkenal dalam bidang penyiaran sebagai seorang penerbit dan pengarah. Walaupun beliau terkenal dalam bidang penyiaran, tetapi motifnya tertumpu kepada karya satera. Beliau juga terkenal dengan nama samaran iaitu Pak Bambang. Beliau menghasilkan pelbagai cerpen dan cerita, puisi dan sajak, skrip pengacara dan skrip pendidikan, penulisan aspek teater dan sebagainya. beliau juga merupakan seorang penerbit di bawah syarikat Citra Genius dan menerbitkan filem-filem pendek dan drama bersiri.

Pada pertemuan seterusnya, soalan tentang cabaran hidup kini dan masa depan beliau sebagai karyawan juga diselitkan. Soalan berpandukan sastera pada zaman teknologi kini juga dianjurkan kepada Pak Bambang supaya mendapatkan pendapat beliau tentang kemajuan dan peningkatan karyawan dalam era globalisasi ini. Kami juga mendapat sedikit sebanyak maklumat daripada isterinya Nur Hasnizah Bt Mustafa yang sentiasa menjadi sokongan dan dorongan Pak Bambang dalam kejayaan beliau.

Selepas itu, kami telah membuat analisis daripada hasil soal jawab daripada Pak Bambang iaitu tokoh kami dan membahagi tugas untuk menghasilkan satu tugasan ilmiah berkaitan degan biografi tokoh tempatan yang bertema 'Cinta akan Kesusasteraan'.


No comments:

Post a Comment