Bagi tugasan Individu untuk subjek Pengantar Penulisan (SBLM 1023), kami pelajar group I dikehendaki untuk menyediakan sebuah fail tugasan. Dengan arahan daripada pensyarah kursus ini, kami diminta menghasilkan sebuah tugasan ilmiah yang melibatkan kajian perpustakaan (library research). Tugasan berikut berdasarkan tema 'PATRIOTISME' yang ditetapkan oleh pensyarah. Daripada tema tugasan, pelajar diminta menyediakan sebuah teks ilmiah yang relevan dengan tajuk tugasan yang dipilih.
Daripada perbincangan dengan pensyarah, kami telah ditugaskan untuk menulis tentang penulisan ilmia dari 1000 - 1200 patah perkataan. Tugasan individu ini mengelirukan saya sebab tajuk bertemakan patriotisme. Saya tidak mempunai apa-apa idea untuk mencorakan hasil kerja saya. Dengan ini, saya mengalami stres dan tidak dapat memulakan tugasan saya. Dengan bantuan rakan-rakan saya dan abang dan kakak saya, saya dapat beberapa idea daripada perbincangan dengan mereka. Terdapat pelbagai idea yang dibagi oleh rakan saya dan abang dan kakak saya. Saya juga membuat kajian di perpustakaan untuk mengetahui tentang patriotisme.
Patriotisme merupakan tajuk yang luas dibincangkan oleh semua orang di Malaysia. Ramai yang tidak jelas tentang Patriotisme dan tidak memberi perhatian terhadap patriotisme. Dengan ini, pengenalan saya dalam penulisan ilmia berkaitan dengan: Apa itu patriotisme? Mengapa ada patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia? Adakah patriotisme membawa makna kepada masyarakat dan negara? dan menjurus kepada tajuk pilihan saya iaitu: Sejauhmanakah dasar satu Malaysia ini berdaya usaha untuk memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat Malaysia?
Dengan ini, tugasan saya akan berpandukan kepada 'Semangat Patriotisme dalam Dasar Satu Malaysia'.
Bagi isi atau perbincangan untuk tajuk yang saya pilih, saya akan mengemukakan enam isi yang relevan dengan tajuk yang dipilih. Isi yang akan dibincangkan dalam penulisan ilmia saya adalah:
- Pembinaan Negara Bangsa
- Semangat Ketabahan
- Bersemangat Setia Negara
- Semangat Kekitaan
- Berdisiplin
- Integriti
Isi-isi ini dihuraikan dengan jelas dan tepat. Saya akan menghujah isi pertama sampai isi keenam dengan jelas yang disertakan dengan huraian yang teliti dan contoh yang berkaitan.
Sebagai kesimpulan, untuk tema Patriotisme saya akan mengakhiri tugasan ilmiah saya kepada pandangan yang umum. Sebagai contoh, "Semangat patriotik ini perlu dipupuk dari generasi ke generasi yang akan datang supaya masyarakat berada dalam zon yang aman dan harmoni".
No comments:
Post a Comment